Pada 1 June 2008, aku pergi le seminar nak ternak cacing di Shah Alam. Ramainya yang berminat ternak cacing ni. Maklumlah berkaitan membantu memulihkan alam sekitar kita yang dah sikit tenat sakit. Bagus jugak, tapi ada peserta-pesrta ni bukannya serious sangat, lebih kepada mungkin syarikat dia orang yang hantar. Dapat le makan free kat Hotel. Seminar ni adalah di anjurkan oleh salah satu penternak komesial. Tapi yang tak sedapnya, ahli syarikat dia orang sendiri tak le bercakap dengan terperinci berkaitan cacing ni. Dia orang ambil orang luar je. Anyway tak pe le. Biasa le kekadang tu rahsia ternakan tak di beri terperinci pun. Kena dapatkan sendiri dari orang luar yang lebih ikhlas. Seminar tu mahal juga RM450.00
Aku tengok dan kaji, ada potential tapi kalau dibuat secara scale yang besar. Kalau kecil-kecilan setakat 1kg-10kg tak balik modal. Kos cacing induk RM450.00 bagi 1kg. Kos medium (makanan cacing) RM1.50 bagi 1kg. Belian balik (contract farming) RM100.00 bagi 1kg (syarikat untung RM350.00) dalam tempoh 6 bulan matang dan baja dibeli balik RM2.00 bagi 1kg (untung kita RM0.50). Transport tak masuk, pengurusan buruh, air, letrik, tapis, bekas, plastik, bangsal atau tempat ternakkan dan lain-lain tak kira lagi. Tolak campur letih juga nak dapat modal balik. Kalau syarikat beli balik sekurang-kurangnya RM300 per 1kg cacing matang adillah sikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment