Kini dah 3 bulan aku cuba ternak cacing kompos ni. Aku beli lebih kurang 3kg aje, saja-saja nak belajar dulu perangai cacing import ni. Ok gak. Tapi yang pelik tu dari pembacaan dan belajar dari yang dikatakan pakar 1kg cacing makan 1kg medium. Sesungguhnya perkara ni agak kabur statementnya. Betul dia makan tapi tak le benar-benar mengikut berat badan. Itu teori aje. Hasil dari pemerhatian dan kajian terperinci secara saintifik. Ini kemungkinan akan makan mengikut berat badannya sekiranya kesemua faktor-faktor sekitar kehidupannya adalah optimum. Yakni suhunya tepat, penguraian makanannya atau mediumnya tepat, kelembapannya tepat, jenis-jenis makanannya tepat, keluasan dan suasana rumahnya juga tepat. Pendek kata kesemuanya tepat dan optimum. Manusiapun kalau rumah yang kita diami panas, tak de makanan yang bagus, pasangan yang membosankan pasti pembiakan atau kesihatan kita terganggu.
Anyway, penternakan ini boleh dikomesialkan dengan baik tetapi dengan scale yang besar dan proses pemasaran yang mantap pasti akan berjaya. Kalau kecil-kecilan nak hidup dengan harapan ini saja tak jadi. Mungkin sebagai sampingan, ok. Ramai yang dah berjaya terutama di daerah-daerah yang memploporinya sejak beberapa tahun yang lalu. Panternak kecil-kecilan aku rasa setaip negeri ada lebih 200. Tu pasal sekarang ada yang berani jual dengan harga RM180/kg dengan sanggup hantar keseluruh semenanjung percuma. Ya le, manakan tidak cacing ni bertelur banyak dan membiak dengan cepat. Rasa-rasa kalau tak kena gaya boleh jadi RM50/kg atau kurang kalau R & D tidak dibuat dengan cepat.
Setelah aku cuba ternak sendiri dan menghasilkan bajanya. Aku rasa baja ni elok juga tetapi pertumbuhan pokok tidak berapa baik dan mengambil masa. Almaklumlah, kita mungkin tidak dapat tahap pembajaan yang optimum disebabkan faktor-faktor tadi. Adakah ianya makan 100% medium tadi. Ini hanya dapat ditentukan dengan analisa bagi setiap musim penuaian secara terperinci. Tetapi saya raya 50% medium tadi dimakan mungkin boleh dipakai tetapi masih tidak tepat. Ada yang mendakwa dapat menghasilkan 100% vermicast, aku rasa tidak tepat kerana sekiranya cacing dah makan 100% medium pada kadar tersebut makanan sudah habis maka ia akan mati kelaparan. Adakah kita tahu waktu, masa, tarikh yang tepat untuk itu? Mungkin tidak. Jawapannya, kepada sesiapa yang nak berniaga tu jangan berbohong dengan kenyataan yang mengelirukan. Rezeki tu nanti Allah ambil balik. Walau dengan timbangan yang salahpun sudah dianggap berdosa.
Berkaitan timbangan. Ni satu cerita nak diwar-warkan. Timbangan baja yang dijual adakah ianya 100% kering. Atau lembab. Tahap kelembapan mempengharuhi berat timbangan. Berapa peratus kelembapan yang dibenarkan atau berapa peratus kelembapan yang kita jual hendaklah dinyatakan secara terperinci supaya pembeli dapat membeli apa yang kita nyatakan dibungkusan tersebut. Boleh buat? Kalau tidak kita dianggap menipu. Pernah terfikir tentang ini. Jangan main-main. Renung-renungkan.
Monday, October 13, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)
